Tahun : 1 Harmoni
Bidang : Sukatan dan Geometri
Tajuk : Masa dan Waktu
Standard Kandungan : Murid dibimbing untuk:
- Menama hari dan bulan dan menerangkan aktiviti sejajar dengan
hari persekolahan
Standard Pembelajaran : Murid berupaya untuk:
i. Menyatakan waktu dalam sehari
.
Masa : 60 minit (2 waktu)
Langkah | Cadangan aktiviti | Cadangan komunikasi |
Set induksi Pemerhatian dan Analisis | a. Murid menyatakan waktu berdasar gambar yang ditunjukkan. b. Murid menyatakan masa aktiviti yang mereka lakukan setiap hari | i. Apa yang kamu lihat dalam gambar? ii. Bilakah kamu melihat aktiviti tersebut dilakukan? |
Imaginasi Penjanaan Idea Sintesis Idea | a. Perkukuhkan kemahiran murid dengan melakukan aktiviti seperti contoh di bawah: b. Murid menyatakan aktiviti yang mungkin dilakukan berdasar kad “masa” yang ditunjukkan. | Apakah yang kamu lakukan pada masa berikut: 6:30 pagi 10:00 pagi 12:00 tengahari 5:00 petang 9:00 malam |
Perkembangan Penambahbaikan Menilai | i. Paparkan kepada murid satu persatu kad gambar seperti contoh di bawah: ii. Murid menulis waktu berdasarkan kad masa. belajar di rumah jam 9 malam bermain dengan kawan jam 5 petang bangun tidur jam 6 pagi makan tengahari jam 12 tengahari. |
Tindakan : Edarkan lembaran kerja setiap murid.
Bincangkan hasil kerja murid.
Pentaksiran: Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan
Murid perlu betul kesemua soalan yang diberi sebelum bergerak ke kemahiran berikutnya.
Nilai dan Sikap : Terapkan sifat kepentingan masa terutama sewaktu melakukan aktiviti yang penting.